Followers

Monday, October 01, 2007

KENAPA HARUS DIHANCURKAN UMNO???



1. UMNO melihat "amanah" yang diberikan oleh rakyat adalah sebagai alat untuk mencari kekayaan,kedudukan dan kuasa. Bukan untuk melihat amanah itu sebagai bebanan yang perlu dipikul dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Jika dilaksanakan hukum Islam ini, maka ia akan menjadi batu penghalang untuk mencapai cita-cita peribadi masing-masing yang berlumba-lumba masuk UMNO ketika tahun 80an dan 90-an dulu kerana untuk mendapatkan tender, kontrak dan saham-saham mewah.Kalau dulu zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn,99 untuk rakyat 1 untuk pemimpin, tetapi sekarang telah terbalik, 99 untuk pemimpin dan 1 untuk rakyat.

2. Budaya kehidupan pemimpin-pemimpin UMNO bermegah dengan kereta mewah,
rumah besar-besar, duit banyak dan menunjuk-nunjuk kekayaan kepada rakyat.
Mengetepikan kepentingan rakyat yang dipimpin. Pemimpin UMNO menjadi raja,
rakyat menjadi hamba. Dalam Islam perbuatan begini sangat dikutuk oleh Allah,
menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat marhaen yang tidak ada apa-apa.
Nabi sendiri dalam kehidupannya terlalu bersederhana daripada segi pakaian,
makanan dan tempat tinggal, kalau Nabi hendakkan kekayaan dunia ini,
maka Nabi akan dapat lebih hebat lagi daripada pemimpin-pemimpin UMNO haprak ini.
Oleh itu, Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana ia boleh menyama-ratakan kedudukan manusia.

3. Lagi budaya negatif pemimpin UMNO ialah mencari kekayaan dengan apa cara sekali pun baik halal atau haram tidak diambil pusing. Menjadikan harta rakyat sebagai harta sendiri,kumpulan wang amanah seperti KWSP, LUTH, Petronas [sejak ditubuhkan pada awal tahun 70-an tidak pernah bayar sesen pun zakat untuk membantu orang-orang miskin, tetapi sebaliknya membantu orang-orang kaya dan tokoh-tokoh korporat terkenal yang dekat dengan pemimpin no.1] dilaburkan di tempat-tempat yang tidak sesuai dan pelaburan yang dibuat merugikan. Penggunaan duit tabungan amanah digunakan secara tidak berhemah,malah duit orang miskin PPRT ditelan oleh orang kaya sehingga kini orang besar itu bebas.Yang kaya terus kaya yang miskin terus miskin. Mana mungkin Hudud dibenarkan wujud di negara ini selagi budaya seperti ini diamalkan tanpa asuhan akidah.

4. Budaya rasuah, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, menyeleweng berlaku di pelbagai di institusi, sektor, individu dan terutama pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa.Membolot harta kekayaan negara, memonopoli keperluan rakyat untuk keuntungan dan faedah diri dan kepentingan kroni. Pembudayaan ini telah menjadi darah daging selama 46 tahun UMNO memerintah, mana mungkin Undang-undang Hudud dibenarkan. Membenarkan Hudud dilaksanakan, bermakna mereka akan menerima nasib yang amat malang dan akan menderita sepanjang hayat. Umpama penagih rokok,mana mungkin mereka merelakan rokok diharamkan.

5. Arak, judi, penzinaan, hiburan yang membangkitkan syahwat lagi
melalaikan, menipu, pembohong [termasuk juga pembohongan dalam
urusan pilihan raya], kes tangkap khalwat, melarikan duit ke luar negara,
melarikan anak seorang Raja menikah di Selatan Thailand pada tahun 1994,
menahan orang tanpa sebab dan pelbagai lagi gejala maksiat yang dilakukan,
masakan boleh dilaksanakan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah
[Hudud dan Qisas]. Pelaksanaannya akan menyebabkan industri hiburan ini
akan runtuh dan orang akan kembali beriman kepada Allah dan RasulNya.

6. Kepentingan politik sempit UMNO untuk menarik sokongan pengundi-pengundi bukan Islam seperti yang ditunjukkan dalam pilihan raya tahun 1999 yang lalu. Pada pilihan raya tersebut UMNO kalah, BN menang. Oleh itu, UMNO akan terus mengunakan isu ini menakut-nakutkan pengundi bukan bukan-Islam untuk terus menyokong UMNO/BN pada pilihan raya nanti.