Followers

Tuesday, October 16, 2007

KENAPA UMNO HARUS DIMAKI SEPANJANG MASA?



Aku tidak akan memohon maaf kerana kekesatan bahasa yang bakal aku gunakan dalam artikel2 disini. Namun kekesatan bahasa aku, adalah pada pendapat aku, setimpal dengan perangai barua, bangsat, hina, keji, celaka lagi menjijikkan yang terdapat pada Pemimpin dan pengikut pengikut barua2 UMNO. Artikel-artikel yang mengutuk dan menghina mereka dan speciesnya di dalam laman web pro-reformasi bukanlah suatu fenomena yang baru. Hatta, sudah menjadi norma untuk mengutuk UMNO itu dalam laman-laman web tersebut yg bertindak sbg suatu wadah untuk rakyat jelata menyuarakan kebencian mereka saban hari selagi media arus utama terus dilacurkan oleh pemerintah yang didalangi oleh pemimpin2 UMNO dan BN. Namun tidak putus-putus juga rakyat – yang mahukan keadilan ditegakkan dan kezaliman yang bermaharajalela dewasa ini dihentikan – meneruskan penulisan yang sedemikian sehingga kini, dengan harapan agar UMNO dan BN menghentikan kegiatan-kegiatan keji mereka.
Tidak ada rundingan muzakarah lagi dengan mereka.
Tidak ada lagi perbincangan dengan mereka.
Tidak ada lagi keadilan untuk rakyat
Tidak ada lagi pembelaan untuk rakyat
Yang ada hanya Polis,FRU,SB ,cota,gas pemedihmata,JKK,barua2 UMNO..undang2 ditangan mereka.
Pemimpin umno rehat,enjoy,glamour dan menghabiskan wang rakyat.
Ertinya Umno terlalu superpower; rasuah,samseng,penyelewengan,politik wang,
keruntuhan akhlak, skandal seks dan apa sahaja kebejatan di dalam Umno hanya akan dibereskan melalui ` Undang-undang Umno` yang terlebih tinggi daripada segala-galanya termasuk al Quran dan as Sunnah. Hidup Umno ! Mati Islam ! Maut Melayu